KSN NETBALL TOURNAMENT- COBRA ALPHA JUARA

26 Julai 2011 – Tahniah COBRA Alpha! Tiada kata-kata yang terucap sebaik pasukan COBRA Alpha berjaya menjulang gelaran Juara bagi Kejohanan KSN 2011 di Stadium Juara, Bukit Kiara Ahad lalu.

COBRA - JUARA USM-PENANG INTERNATIONAL NETBALL OPEN 2011

1st November 2011- Tahun 2011 terus menjadi tahun kebangkitan COBRA apabila satu demi satu kejohanan utama bola jaring tanah air mula menjadi genggaman COBRA. Selepas mengejutkan pasukan dominan bola jaring lelaki, Royale pada Kejohanan Kompleks Sukan Negara (KSN) dengan mata 14-6 untuk bergelar johan, rentak sang juara diteruskan pula dalam Kejohanan Antarabangsa USM Open.

COBRA ANGELS –Naib Juara Hari Belia Selangor 2011

16th May 2011- Tahniah diucapkan kepada pasukan COBRA Angels yang telah menjadi naib juara di Kejohanan Bola Jaring Hari Belia Selangor 2011 yang telah berlansung pada sabtu lepas. Dibarisi oleh Hajar (GS), Mira (GA), Shikin (wa) Annum (C), Fateen (WD), Yong (GD) and Piah (GK) menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan di dalam kejohanan pertama mereka menyarung jersi COBRA..

COBRA Juara di Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia

Kolaborasi pertama kali antara Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Cobra, MySihat dan Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka Puteri UMNO Malaysia 2012 nampaknya beroleh kejayaan cemerlang

COBRA dominasi Karnival Bola Jaring Harian Metro Zon Tengah

COBRA bukan sahaja menjadi pasukan yang menghantar kontijen terbesar ke Karnival Bola Jaring Harian Metro bagi Zon Tengah, bahkan mendominasi kejohanan itu dengan tiga kemenangan.

Latest Posts


Answer the Umpire. Move to the center of the court and smile before entering. Walk to the center and stand in circle . Follow the Umpire instructions "Ready, Time, Start!" Hold your last move until the Umpire says: "Half Time." Stand proudly when told to do so. After shooting yours score say "Thank You and Good Job!" Smile when you are fault penalty, move forward until you reach the top "D", remember always smile to leave the court and sit back next to your teammates.




"Good luck happens when preparedness meets opportunity."
Best of Luck!


COBRA ONE CLAP, TWO CLAPS,  THREE CLAPS
[ Read More ]

SELEPAS berjaya menjuarai takhta Liga Bola Jaring Lelaki Malaysia (MMNL) COBRA ALPHA terus cemerlang di pentas sukan bola jaring tanah air apabila mendakap satu lagi kejuaraan iaitu Grand Final Piala Liga MMNL baru-baru ini.

Di pentas Grand Final Piala Liga MMNL itu COBRA ALPHA berjaya menumbangkan seteru tradisinya Legend dengan keputusan 50-46.

Namun kejuaraan tidak hadir dengam mudah apabila COBRA ALPHA terpaksa berhempas pulas dalam setiap suku masa perlawanan.


Dalam suku masa pertama sebaik wisel dimulakan oleh pengadil Erna dan Cik Mie COBRA ALPHA
bermula garang.

Pada beberapa minit awal perlawanan, COBRA ALPHA meninggalkan Legend 5-1 apabila jentera serangan Legend gagal membawa bola ke atas.

Namun, Legend pantas memperbaiki permainan untuk mengejar dan hanya ketinggalan 3 mata pada suku masa pertama.

Pada babak kedua kesilapan demi kesilapan hantaran bola dan stepping oleh pemain COBRA ALPHA di bahagian serangan serta pertahanan menyebabkab Legend mula merapatkan jaringan.



Malah debaran semakin memuncak apabila sebaik wisel tamat ditiupkan COBRA ALPHA pula ketinggalan jaringan di belakang Legend.

Babak ketiga, adrenalin pemain dan gemuruh sorakan penyokong semakin memuncak apabila kedua-dua pasukan saling mengejar mata.

Keserasian dan ketangkasan pertahanan terutamanya GK dan GD membolehkan COBRA ALPHA mengikat dengan Legend sebaik tamat suku masa ketiga.

Pada suku masa keempat, kedua-dua pasukan terus beraksi pantas melakukan jaringan demi jaringan.

Legend mempertaruhkan Apple dan Sab sebagai penjaring manakala Hong Ten dan Lim menjadi tonggak penjaring COBRA ALPHA.

Permainan pantas COBRA ALPHA dengan hantarab lebih kemas akhirnya berjaya membolehkan pasukan itu menjarakkan jaringan Legend.

Tamat saingan COBRA ALPHA menang 50-46 sekali gus mendakap gelaran Juara Grand Final Piala Liga MMNL.

Selain gelaran juara Liga MMNL dan juara Grand Final Piala Liga, COBRA turut berbangga apabila dua pemain berjaya bergelar pemain terbaik dalam posisi masing-masing bagi sepanjang kejohanan MMNL.

Lim mendapat golden bib untuk posisi GA manakala Temy mendapat golden bib untuk WD.


Kepada semua pemenang dan pasukan yang bertanding tahniah COBRA ucapkan.

Tidak ketinggalan kepada jawatankuasa penganjur diketuai Nana dan Faidz.

COBRA ONE CLAP, TWO CLAPS,  THREE CLAPS
[ Read More ]



 
“ a very nerve-racking grand finale. It’s always difficult to play your friend in the final but there always a great rivalry between us and tonight match show how tight the game was “.. Captain/Coach COBRA- Shah.
 
 After a grueling 4 months of competitive netball league, COBRA Netball Club won the prestige trophy by defeating Legend Netball Club in the grand final 50-46. COBRA alpha also awarded as the league champion by topping the league with only one defeat the entire tournament. A big congratulation also to Khuzaimi (WD) and Lim Jin Wen (GA) as the golden bips receivers for their performance in the entire duration of the league.

Congratulation.

“Netball for all”
[ Read More ]


Malaysia Men's Netball League (MMNL) grandfinal will be held  this coming thursday  i.e 20th March 2013. Two of Malaysia best men netball teams will battle out for this prestige title.  COBRA Netball Club has already won the champion league. Can they add another MMNL trophy or will Legend NC spoil the celebration by clinching the Grand Final Throphy! Come and see both of these teams in action at Wisma OCM this thursday. May the best team win.

"Netball for all"
[ Read More ]

Netball Premier League  (NPL) akhirnya melabuhkan tirai nya petang tadi bagi sesi yg pertama 2013/2014.

Selepas mengharungi pelbagai rintangan dan penundaan, akhirnya sampai juga ke kemuncaknya tanggal 9 Mac 2014 bermula pada 4.15 petang. Hanya 5 pasukan bertanding di dalam liga sulung kali ini.

Dua pasukan teratas iaitu NSEC-150 dan KLIA2 FIGHTERS bertemu sekali lagi di persada final untuk menentukan juara mutlak NPL 2014.NSEC-150 yang tidak pernah kalah sebelum ini sudah semestinya turun selaku pilihan utama. Seperti di dalam pertembungan terdahulu, kedua dua pasukan hebat ini bergasak dari saat awal hinggalah ke wisel penamatnya. Tiada yang membezakan kedua dua pasukan ini. Hanya pasukan yang bermentaliti teguh, yakin dan kerjasama erat di antara pemain pemainnya sahaja yang akan menentukan siapakah jaguh di penghujungnya.


NSEC-150 memang selayaknya dinobatkan sebagai juara sulung NPL kali ini walaupun mendapat tentangan sengit dari KLIA2 FIGHTERS. Dengan corak permainan menarik, tangkas, kemas dan penuh kesabaran, NSEC-150 membawa pulang rm 6000 selaku juara setelah membenam KLIA2 FIGHTERS dengan mata 40-30. Selaku naib juara, KLIA2 FIGHTERS pula memperolehi imbuhan sebanyak  rm 5000.

Terdahulu, PKS METRO  berjaya merangkul tempat ketiga setelah mengalahkan BUKIT MAHKOTA. PKS METRO memperolehi rm 4000 manakala BUKIT MAHKOTA mendapat rm 3000.

Keputusan penuh:

Juara            : NSEC-150
Naib juara   : KLIA2 FIGHTERS
Ketiga         : PKS METRO
Keempat     : BUKIT MAHKOTA
Kelima        : MBPJ

Terimakasih kepada semua yang terlibat menjayakan kejohanan ini dan juga kepada penyokong penyokong yang hadir tanpa jemu.

Netball for all.
[ Read More ]

What a good start for 2014. We finish on top of the MMNL league and now in the grandfinal. Today COBRA NC combined with KLIA NC has won the first mixed netball tournament. Congrats both teams
[ Read More ]

MENYUNTIK kelain demi kelainan dalam Annual Dinner dan Hari Keluarga Cobra saban tahun, edisi kali ini jawatankuasa penganjur menggunakan tema Once Upon a Time, Fairytales.
Maka pada malam AD pelbagai watak kisah legenda muncul di dewan utama Puteri Beach Resort Port Dickson. Ada yang tampil dengan persalinan Snow White, Peter Pan, Robin Hood, Putera Raja, Hercules, Aladdin, Ahli Sihir dan The Mad Hatter.

Seperti tradisi saban tahun, semua ahli Cobra dibahagiakan kepada beberapa kumpulan untuk AD dan Hari Keluarga.

Sempena tema Fairytales AD dan Hari Keluarga kali keenam Cobra ini empat pasukan tersebut ialah Far Far Away, Wonderland, Neverland dan Magical Forest.
Menariknya kali ini setiap pasukan diketuai oleh ahli-ahli lama yang menjadi antara perintis Cobra iaitu KZ, Shah, Ibby dan Abang Fai.

Pada malam AD, setiap pasukan tampil dengan persembahan tersendiri yang membuatkan hadirin dewan pecah perut ketawa dengan pelbagai adegan. Ditambah lagi dengan dua pengacara Shahrul dan Shahrin (She) yang mengusik sakan semua tetamu.
 
Paling menarik pastinya persembahan kumpulan Ibby yang menampilkan kisah cinta Puteri Arianna Rose dengan Putera Raja.
Apa tidaknya imbauan AD 2010 pantas menggamit memori apabila Laila muncul kembali di atas pentas tapi kali ini membawa watak Arianna Rose beraksi lentik bak seorang gimnas dengan menggunakan apparatus bola.

Pasukan Shah juga tidak kurang hebatnya memberi saingan dengan menampilkan muka-muka baru sebagai pemegang watak utama.

Ismail yang tampil dengan watak Queen Leeha dari Kampung Kedondong pasti akan diingati sampai bila-bila apabila muncul di pentas sebagai watak antagonis bersuara soprano persis Ning Baizura.
Temy dan Syafril juga begitu mencuit hati malah, penampilan lintas langsung Assim dari Kota Kinabalu dan Pok Ley dari Labuan juga begitu kreatif.

Pasukan Abang Fai pula malam itu menampilkan jalan cerita Ombak Rindu versi Snow White, manakala pasukan KZ pula membawa kisah cinta padang pasir dengan menampilkan Bedah selaku hero.
Selain kemeriahan malam AD yang menjadi malam kemuncak AD dan Hari Keluarga, sepanjang dua hari di Puteri Beach Resort  pelbagai aktiviti diadakan untuk memeriahkan suasana.


Pada malam pertama seperti biasa semua ahli berkumpul untuk BBQ dan makan malam. Terima kasih kepada KZ dan Abang Long dengan hasil perapan dan salad yang tidak pernah mengecewakan.

  
Pada Sebelah pagi Sabtu, seawal pukul 9 pagi sesi senamrobik  diadakan dikendalikan pakar aerobik Cobra, Ariez.




Selesai bersenamrobik dan sarapan pagi, satu lagi acara yang ditunggu-tunggu ialah sukaneka. KZ dan Abang Long menyediakan beberapa acara sukaneka termasuk boling kelapa, tiup belon tepung, ping pong chopstick dan kunci mangga misteri.

Pada hari Ahad pula, ahli Cobra mengisi acara bebas dengan berjalan di tepi pantai, mandi di laut dan berenang di kolam renang selain acara wajib bola tampar.


 
Dengan penglibatan lebih 60 orang ahli, sekali lagi tradisi AD dan Hari Keluarga Cobra terlaksana dengan penuh gemilang.
Setinggi ucapan tahniah buat AJK AD diketuai Ocha selaku pengarah dan tidak ketinggalan Shahrin (She), Hudzir, Temy, Sam, Abang Long, Ashie dan Ariez.

Semoga ukhuwah, persaudaraan dan silaturahim Cobra terus bertaut erat.

COBRA ONE CLAP, TWO CLAPS, THREE CLAPS
[ Read More ]

FEBRUARI:  Selepas 4 bulan mengharungi persaingan liga bola jaring lelaki Malaysia atau Malaysia Mens Netball League (MMNL), Cobra Alpha membuktikan status pasukan elit apabila menjuarai liga yang pertama kali diadakan itu.


Alpha berjaya menduduki takhta liga MMNL selepas mengumpul 27 mata daripada 10 perlawanan dengan pasukan lawan.

Alpha mencatatkan 9 kemenangan dan 1 kekalahan selepas tewas mengejut dengan pasukan Royale.

Bagaimana Alpha sebelum itu terlebih dahulu menewaskan Royale pada aksi pusingan pertama.

MMNL menyaksikan persaingan 6 pasukan bola jaring lelaki terbaik tanah air dengan perlawanan diadakan sebanyak dua pusingan.

Berbeza dengan kejohanan lain, MMNL menggunakan konsep perlawanan selama satu jam.

Satu lagi pasukan pilihan Legend turut mengungguli carta liga apabila berada ditempat kedua di belakang Alpha.

Legend mengumpul 22 mata selepas menang 7 perlawanan, seri 1 dan kalah 2 kali.

Royale pula terpaksa berpuas hati ditempat ketiga dengan mengumpul 19 mata selepas menang dalam 6 pertemuan, seri 1 dan kalah 3 kali.

Pasukan Xtreme dan Phoenix masing-masing menduduki tempat ke-4 dan ke-5 liga MMNL.


Dalam pada itu pasukan Bravo yang dibarisi pemain campuran lama dan baru tidak bernasib baik apabila menghuni tempat terakhir liga.

Aksi MMNL akan diteruskan minggu ini dalam aksi final untuk menentukan juara keseluruhan liga.

Empat pasukan yang layak untuk beraksi ke peringkat semi final dalam penentuan juara keseluruhan ialah Alpha, Legend, Royale dan Xtreme.

Setinggi tahniah kita ucapkan kepada Alpha, Bravo serta semua pasukan yang bertanding.

COBRA ONE CLAP, TWO CLAPS, THREE CLAPS
[ Read More ]


UTM PERTAHAN KEJUARAAN BOLAJARING SUKIPT 2014.

Assalamualaikum dan selamat petang

Kejohanan dwitahunan Sukan Institut Pengajian Tinggi Malaysia (SUKIPT) berlangsung rancak bermula dari 3-16 Februari  dan kali ini Universiti Teknologi Mara menjadi tuan rumah.

Bolajaring adalah antara sukan yang dipertandingkan dan Pusat Sukan Universiti Malaya menjadi medan di mana 33 universiti dan politeknik di seluruh Malaysia memperagakan aksi masing masing, berlangsung dari 4-9 februari.

Hari demi hari berlalu menyaksikan pelbagai rentak dan corak permainan dipamirkan sehinggalah ke peringkat suku akhir.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertembung dengan pasukan yang meningkat naik iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) yang kali ini dibarisi oleh ramai wakil wakil negara.

Ramai yang tidak menyangka kedua duanya bertemu di suku akhir namun begitulah adat percaturan pertandingan dan sudah semestinya perlawanan ini dinantikan oleh peminat bolajaring tanahair.

Perlawanan ini begitu mendebarkan bermula dari minit pertama hinggalah ke penamatnya.

UPM bermula garang dan tangkas, menguasai permainan dan pada satu ketika berjaya menjarakkan kedudukan sebanyak 5 mata. UTM begitu teragak agak dengan hantaran yang kurang kemas terutamanya di bahagian serangan.

Namun, setelah reda dari kegusaran awal ini, UTM bangkit semula dan merapatkan jurang mata hasil dari kecekapan benteng pertahanan kukuh UTM.

Permainan bertambah sengit dan kedua duanya berkongsi mata di setiap tamat kuarter.

Masa permainan hanya berbaki satu setengah minit sahaja lagi, apabila tiga kesalahan berturut turut dilakukan pemain UPM iaitu breaking in semasa hantaran tengah, lontaran lob tinggi dari kawasan tengah yg dipintas GK UTM dan hantaran"over a third untouched" mengakibatkan UPM berputih mata dengan kesilapan di minit terakhir, sekaligus melayakkan UTM ke peringkat seterusnya dengan UTM menjaringkan 27 gol berbalas 23.

Ini adalah kali ke dua UPM gagal melayakkan diri ke peringkat seterusnya, sama seperti di SUKIPT pertama apabila mereka tewas di peringkat suku akhir di tangan UiTM.

Akhirnya UTM melangkah dengan penuh gaya ke separuh akhir bertemu Politeknik Perlis dan akhirnya ke grandfinal petang tadi  mengiringi UiTM yg sebelum ini menumbangkan Universiti Malaya  di semifinal kedua.

Dewan Pusat Sukan yang sememangnya berbahang dengan kepanasan terik cuaca tidak melunturkan semangat ke dua dua pasukan jagoan ini yang merupakan  grandfinal SUKIPT kedua berturut turut untuk kedua dua pasukan ini.

Perlawanan sengit berlangsung lancar dengan  pasukan berbalas serangan. Status elit UTM  terserlah dengan sistem pertahanan, serangan dan pergerakan yang sangat sistematik.

UiTM yang terkenal dengan semangat juang yang sangat kental dan tidak mudah berputus asa bertungkus lumus untuk menyekat kemaraan UTM dengan pertukaran pemain pemain dan  perubahan strategi serangan yang  diketuai Rozie akhirnya terpaksa akur dengan kekebalan tembok  pertahanan kebal UTM yang terdiri dari Mei Fong, Fazira dan Syikin.

Mata demi mata bertambah setiap kali serangan UiTM dipatahkan dan akhirnya UTM sekali lagi gah dinobatkan sebagai juara bolajaring SUKIPT edisi kedua 2014 mengalahkan UiTM 45:20

Tahniah diucapkan untuk kesemua pasukan yang bertanding.

Keputusan penuh bolajaring SUKIPT 2014:

Pingat emas : UTM
Pingat perak : UiTM
Pingat gangsa: UM

Netball for all

[ Read More ]


Announcement:

Title: Institute of Higher Learning Netball Championship 2014
Sukan Bolajaring Institut Pengajian Tinggi 2014

Dates : 4th-9th February 2014
 from 9am onwards.

Venue : University of Malaya Sport Centre.
Pusat Sukan UM

31 participating universities and colleges throughout Malaysia shall be there.

Come and join us. 

Your attendance is much appreciated.

Admission : FOC



Cheers
[ Read More ]



To all Cobra Netball Club blog readers, we want to wish everyone Happy Chinese New year.

[ Read More ]


TAHANIAH buat semua pemain Alpha untuk Liga Bola Jaring Lelaki Malaysia apabila melabuhkan tirai tahun 2013 dan pusingan pertama kejohanan itu selaku pendahulu liga.

Selepas mengharungi lima perlawanan pusingan pertama Cobra Alpha menjadi satu-satunha yang belum tewas dalam kejohanan MMNL itu dengan mata keseluruhan 15 mata.

Cobra Bravo bagaimanapun berdepan dengan nasib berbeza apabila kalah semua perlawanan setakat pusingan pertama sekali gus menduduki tempat terbawah liga.


Untuk penutup tahun 2013 juga, Alpha merangkul satu lagi kejayaan apabila menduduki tempat ketiga dalam kejohanan PJ International Fair baru-baru ini.


Buat semua ahli Cobra jutaan tahniah dan terima kasih atas komitmen kalian sepajang tahun 2013. Semoga tahun 2014 Cobra mendakap lebih banyak kejayaan.
Çobra one clap, two claps, three claps
Published with Blogger-droid v2.0.10
[ Read More ]

Cobra ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 buat semua ahli dan peminat sukan bola jaring di seluruh negara.

Semoga 2014 beroleh lebih banyak kejayaan dan kecemerlangan dalam hidup masing-masing.

Published with Blogger-droid v2.0.10
[ Read More ]

SELEPAS bertemu sesama sendiri dua minggu lalu, ujian sebenar kontijen Cobra pada kejohanan Liga Bola Jaring Lelaki  (MMNL) hanya bermula minggu lepas.

Skuad Alpha bertemu dengan sebuah lagi pasukan handalan, Legend manakala Bravo pula ditentang Xtreme.

Seperti dijangka perlawanan antara Alpha dan Legend begitu sengit seawal wisel ditiupkan. Setiap pasukan saling mengejar mata sehingga pada satu ketika keputusan separuh masa Alpha hanya didepan dengan tiga jaringan 23-20.

Pada suku ketiga dan keempat barulah Alpha semakin mendapat rentak apabila mula menambah mata demi mata.

Tamat permainan kem Cobra meraikan kemenangan 49-34.

Bagaimanapun, Bravo sebelum itu gagal mencari kemenangan pertama selepas tunduk di  tangan pasukan xtreme dengan keputusan 42-29.

Dengan semua pasukan sudah menamatkan dua perlawanan, setakat ini Alpha mengungguli ditempat pertama dengan 6 mata.

Royale berada di tempat kedua dengan jumlah mata yang sama tetapi dibezakan dengan defisit jaringan.

Tempat ketiga dan keempat pula Legend diikuti Xtreme.

Phoenix dan Bravo pula berada ditangga bawah liga selepas masih gagal meraih sebarang mata setakat 2 perlawanan.

Published with Blogger-droid v2.0.10
[ Read More ]